Kerajaan tempatan Politik_Amerika_Syarikat

Institusi-institusi yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan seperti daerah, bandar raya ataupun bandar serta membuat undang-undang untuk kawasan tersebut. Undang-undang tersebut yang dikenali sebagai undang-undang kecil biasanya membabitkan kesalahan trafik, penjualan arak, dan penjagaan binatang. Lazimnya, pegawai rasmi yang tertinggi di bandar atau bandar raya dipanggil "Datuk bandar". Di beberapa negeri seperti New England, kaunti atau daerah mempunyai sedikit kuasa atau tiada kuasa langsung. Manakala di negeri lain, kerajaan daerah atau "county governments" mempunyai lebih banyak kuasa, misalnya kuasa mengutip cukai, menyelanggarakan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang, dan menguruskan pendidikan melalui "school boards" atau lembaga sekolah.